Sunday, February 19, 2012

cinta xkenal usia....urmmm...

  • entah kenapa.. hati ini tiba2 terpikat padanya... dirinya membuatkan hati ni terasa berdebar2 jika disisinya.. tapi,aku takut untuk mengakui hati ni..terasa aku tak layak memiliknya.... siapalah aku dipandangannya..serba kekurangan.. dirinya sungguh istimewa..ya..sungguh aku benar2 keliru dengan rasa ini.. 
  •  kenapa...dirinya dan ku berbeza usia....layakkah aku untuknya..bila memikirkan tentang tu,aku terasa kerdil..malu.. kerana ada rasa cinta ini..
  • layakkah aku untuknya...sesuaikah aku untuknya.. dia lelaki yang baik,mempunyai pegangan agama dan nilai2 diri yang baik..juga dari keluarga yang baik2..dan amat menghormatiku...kerana itu bertambah rasa cintaku...dari perasaan seorang sahabat ia bertukar sedikit demi sedikit kerasa cinta..yang amat unik sekali.. 
  •  Ya allah,ku mencari jodoh yang dekat dengan-Mu..agar kelak dapat membimbingku dekat dengan-Mu jua..kerana itu aku takut,untuk kehilangannya...sesungguh Kau maha mengetahui tentangnya.
  •  mungkin usia kami berbeza..jadi aku malu dengan rasa ini....kata orang tiada salahnya wanita lebih tua dari lelaki...tapi,aku takut..aku rendah diri... dalam diam aku semakin jauh mencintainya...rasa rindu,sedangkan baru saja berpisah..dan rasa gembira melihatnya,mendengar suaranya..seolah2..aku tak mahu kehilangannya walau sedetik.. hanya Allah yang maha mengetahui segala...
  • sakitnya hati ni,bila aku sedar hakikat antara aku dan dia...mungkin hatinya telah dimiliki.. 
  •  salahkah rasa ini??? kerana ia hadir dalam diam..aku bukannya wanita yang terdesak mencari lelaki...aku hanya mengharap jodoh yang aku yakin telah tertulis di lauh mahfuz sana.. 
  •  terdetik juga..namanyakah yang tertulis di lauh mahfuz sana..diakah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku...diakah pelengkap rusukku... 
  •  Ya Allah..benarkah rasa ini...berkali aku menafikan,namun aku xmampu...sesungguhnya dia jodoh yang baik...sehinggakan aku merasa yangg aku tidak selayaknya untuknya... 
  •  Ya Allah,Kau tolonglah aku..tetapkan hatiku...panduku ke jalan-Mu...jangan kerna cinta itu,aku terkeliru,hingga aku alpa pada-Mu.. 
  •  Ya Allah,jika dia jodoh yang Kau telah tentukan untukku,maka permudahkanlah... namun jika dia bukan tercipta untukku,maka aku amat bermohon,agar kau hadirkan jodoh yang terbaik untuknya dan untukku...kerana aku tahu pasti ada jodoh untukku..ku jakin dengan janji-Mu... 
     amin ya rabbal alamin..

No comments:

Post a Comment