Wednesday, October 6, 2010

kenapa ALLAH pertemukan kita dgn org yg salah..

kenapa ALLAH pertemukan kita dgn org yg salah..

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

~1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.~2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.~3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. ~4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.~5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...~6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.~7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.~8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.~9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

p/s: ain copy dr someone blog...bagus nie...thank..huhu...n nk kongsi gak dgn my fren....

selama ini...dan kini....

diwaktu ain sedih..bila memikirkan apa yg akan terjadi,alhamdulillah banyak org yg ada disisi ain..ain bersyukur sgt..
selama ni,memang ain banyak menyembunyikan air mata ain...yg org akan lihat,adalah sisi gembira,tanpa ain membiarkan mereka menyelam duka ain...kerana ain cuba menjadi tabah..kerana ain x mahu berkongsi sedu dan tangis ain..

tapi kini,ain sudah penat,rasa xmampu lagi nk tanggung apa2 pun seorang diri..
walaupun sebelum nie,ain cuba menjadi tabah dalam segala hal.tapi sebenarkan ain xlah setabah yg disangka..hidup nie memang suatu yg sukar jika hanya seorang diri...dan sbb itu lah,ain meluahkan jua beban dihati nie..

alhamdulillah,ada yg sudi mendengarnya...seorang rakan ain yg ain sgt bertuah mengenalinya,sudi berkongsi duka ain..ain bersyukur kpd ALLAH...Kerana kehadiran dia diwaktu nie,memberi ain kekuatan ..sedikit sj waktu yg diluangkan utk mendengar duka ain,memahami tangis ain,namum sgt bermakna utk ain...kata2 semangat darinya,sgt2 ain hargai..hanya ALLAH yg mampu membalas segalanya..diwaktu ain sedang bersedih,ain sentiasa menahan air mata ain..hati ain pedih menangis namun,ain sentiasa menyekanya...tapi kata2 dia ...memberi ketenangan untuk ain...untuk membuat ain berfikir n bersyukur..

"tidak salah menangisi sesuatu yg layak ditangisi... Allah sentiasa menguji hambaNya... Lagi sayang , lagi banyak ujian... tahniah kerana menjadi hamba yg disayangiNya... Life must goes on... sibukkan diri... teruskan doa... "

itulah kata2nya yg membuatkan ain sedar,yg kasih ALLAH tu meluas..
ini ujian-NYA untuk menguji ain...mendengar kata2 nya membuatkan ain bersyukur dan xkan putus berdoa untuk keluarga ain..katanya,xsalah menangis utk sesuatu yg layak ditangisi...kenapa perlu malu jika ain menangis kerana kasih ain pada seorang ayah..bukannya ain menangis untuk sesuatu yg xbernilai..untuk sesuatu yg xlayak menerima tangis ain..apa lagi yg lebih bernilai dari kasih sayang ibu dan ayah..dan tidak sia2 ain mengalirkan air mata untuk itu...mereka layak menerimanya..

alhamdulillah,ayah ain dah buat operation kelmarin..Alhamdulillah...dan semoga ayah cepat sembuh...ain akan sentiasa berdoa..dan semoga ALLAH mendengar doa ain...semoga ALLAH akan sentiasa melindungi keluarga ain...Amin...dan bermula dari saat nie,ain dah berazam..ain xlah jd lemah2 lagi..maksudnya lemah dari segi hati dan perasaan..ain nk jadi kuat...punya hati yg kental..ain nk berubah...jadi lebih baik...selama nie,ain selalu bersedih ..ttg cinta la,mcm2...tapi sekarang..ain xnak membazirkan tangis ain utk sesuatu yg xlayak mendapatnya..

kalau berfikir ttg cinta,..biarlah ALLAH yg mengaturnya untuk ain...ALLAH lebih mengetahui..dan perancangann-Nya lebih baik..
Dan tiba waktunya nnt,akan ada seseorang tu,yg layak,menerima tangis,suka,duka ain..
seseorang tu...pasti ada.ain yakin...
Sekarang,KELUARGA AIN MEMERLUKAN CINTA INI.....Semoga ALLAH memberi kekuatan untuk hati ini...

-Seorang kawan,adalah seseorang yg sentiasa menyedarkan bila kita melakukan kesalahan,seorang yg sentiasa memaafkan,seorang yg sentiasa memberi peluang..seorang yg sudi berkongsi suka dan duka..seorang kawan yg sentiasa ada bila2 waktu kita memerlukannya...

Monday, October 4, 2010

aku...bukan diriku...

aku sebenarnya tidaklah setabah yang disangka...selalu menyembunyikan tangisan dan air mata,tapi dugaan ini ya ALLAH,aku xmampu bertahan lagi....aku tidak kuat untuk terus bertahan dan aku sememangnya yg paling lemah....

selama ini aku menangis,tp tanpa ada yg melihat tangisan ini..kerna aku perlu kelihatan tabah...
demi ALLAH,aku menyayangi keluargaku lebih dari apa pun...lebih dari nyawaku..
xdapat aku bayangkan hidupku tanpa mereka..kerna hidupku adalah kerana impianku utk mereka...

kini ALLAH mengujiku,dengan ujian yg xtermampu aku galas seorang diri...aku lemah...
bila insan yg aku amat sayangi sakit..

...
ya ALLAH,Kau panjangkan lah umur ibu dan bapaku..berikan lah kesihatan yg baik kpd kedua mereka..amin...
aku meyayangi mereka ya ALLAH...

ain ada impian..dan impian ain semuanya utk mak dan ayah...
ain nk jaga ayah dan mak,utk selama lamanya..
banyak lagi yang ain nak buat.

dan ain nak jadi anak yg ayah dan mak paling sayang..
tamak kan ain..
ain nak lebih lagi...sebab,
ain sayaaaaag sangat kat mak ayah....sayang sgt.....

YA ALLAH,Kau lindungilah keluargaku...lindungilah mereka...amin..

Wednesday, September 8, 2010

~~~~SALAM AIDILFITRI SEMUA!!!~~~~


Wahhh..,sedar2 hampir sebulan kita berpuasa....cepatnya...rasa macam x sempat nk merebut keberkatan rahmatan...rasa sedih pun ada gak...huhuhu...

menjelang hari raya yang mulia ni,sy nak ucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI " kepada semua pembaca blog nie,sama ada yg selalu komen atau x,dan exspecially for atkiners semua....untuk segala kata2 semangat dan macam2 lagi laa...
dengan sedikit pesanan agar berhati-hati di musim perayaan nie....pandulah kenderaan dgn berhati2..ingatlah kami semua yang menyayangi anda...
maklumlah waktu2 ni lah jalan raya penuh sesak kan..semua nk balik beraya kan...

~~oooooo balik kampung~~~...~~ooo balik kampung.....~~hati riang~~~~

kawan2 semua balik kemana raya nie...sy ni beraya di kedah sj,macam tahun2 sebelum ni jgk....al maklumlah,single lg...hihihi...

kalau mkan ketupat,lemang ker,jangan lupa tau,ingat la sy...febret tuh...(makan jgn sampai xingat dunia plak)..

lg satu, kalau malam2 raya tu jgn la main mercun ke,meriam buluh ker...Bahaya...mercun bawang OK..(padahal dah planning nk main bunga api dgn anak buah malam raya nie...hehehe)

kalau da sesiapa yang datang Alor Setar tu,jemput lah datang umah yer...sila..sila...
ok lah...lepas raya kita jumpa lg yer...mesti banyak punya nk citer...BYE SEMUA ..SALAM SYAWAL!!!



P/S:ermm,duit raya x de ker??? :p

Monday, September 6, 2010

bulan kelahiran dan sifat::

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran kehadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk dirumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


wah post kali ni puji diri sendiri nih..hehehe....tp byk juga yg betulnya....:))

Sunday, September 5, 2010

.....

entah kenapa hati aku terlalu sakit bila mendengar kata2nya...sama ada gurauan atau apa pun...semuanya xbetul..baginya diri dia saja yg terbaik..pujian umpama kata-kata sinis...yg aku xnmpak keikhlasannya..

sakitnya hanya ALLAH yang tahu..pedih,sedih,kekadang remuk jua....kata org, bila kita mendengar kata2 yg menyakitkan dari insan yg dekat dgn kita,perasaan itu lebih menyakitkan..
tapi kenapa,
yang aku yakin dia bukannya siapa2 pun dalam hati ini.kerna aku yakin,hati ini tiada dirinya..untuk jadi yg istimewa...cuma kekadang aku terkilan..
kenapa dia bukan teman yg terbaik..menuturkan kata-kata semangat untukku..bukannya pujian yg aku harapkan..cuma sedikit pengertian ..

dia,x akan bisa memahami hati seorang wanita,selagi tidak menerima seorang wanita itu seadanya..
mengerti yg seorng wanita itu mempunyai hati yg begitu rapuh..
yg bisa terluka apabila disakiti..

tapi,mungkin ia adalah salahku..
mungkin aku yg tersilap..aku tak pernah membencinya..cuma berharap dia bisa memahami satu hari nanti...
cubalah memahami..hanya itu...dan xlebih dari itu....

Thursday, September 2, 2010

IT'S TEN...:))

alhamdullillah..lagi seminggu jer lagi nak raya kan..
cepat sungguh masa berjalan..
sedar x sedar dah hampir berakhirnya ramadhan tahun nie..
ramadhan itu bulan yang penuh dgn kerahamatan..entah lah,adalah masih berpeluang berjumpa lagi tahun hadapan..wallahuallam..

:))